Travelouge : K.Kinabalu/ Kundasang/Ranau (Part 2)

Love & Kisses ✿ sha
Ini adalah sambungan dari Part 1 ye.
yang pegi Batam aritu pun tak abis cerita lagi dah sambung yang ni.
tu la bahana bercerita secara detail camni. akhirnya tak abis pun.
but hopefully yang cerita KK ni aku boleh cerita abis sebab I want to remember all the details. kisah ke KK/Kundasang/Ranau yang sangat best.

So, lepas ke Suria Sabah, kami singgah kat Jesselton Point.
takde orang pun kat situ sebab from 16-21st Oct dilarang melakukan aktiviti laut sbb tgh bergelora. kesian kan. sedang elok la time kitorang ada kat situ pulak ha. kalau tak memang nak pegi Pulau Manukan, Sapi semua tu. tapi aku tak ralat sangat sebab dah pernah pegi sana dulu. my PIL awal2 cakap taknak mandi laut.

hubby pulak memang tak suka laut sbb dia keje kat offshore, dah muak everyday tengok laut. everytime aku ajak pegi pulau mesti kena reject. lagipun dia cakap budak2 kecik lagi, nak naik bot laju semua tu, bahaya.
ok fine.

then, jalan menyusur pantai ke arah UMS, Teluk Sepangar.

Google

ada masjid terapung yg cantik, bangau sangat banyak kat teluk kat situ.

KK is a very beautiful and clean town.
susah nak jumpa sampah bersepah2 kat sini okeh.
jalan raya cantik, ada jalan utk basikal lagi.

then kami naik bukit Bendera dekat area istana.
cantik pemandangan dkt situ.
it reminds me of Bkt Melawati kat Kuala Selangor.

Google

pastu kami ke pasar Filipina balik.
jalan2 kejap, beli kuih cincin and amplang. barang souvenir kat sini agak mahal if compare dengan pasar Ahad or pasar mlm. then nampak pasar mlm kat dpn pasar Filipina tu dah start bukak.

Hubby ajak singgah sana terus sebab dah alang2 kan.
tapi diorang tgh susun2 brg lagi. so hubby cakap, lepas makan nanti la baru pegi sana.

pastu terus ke dataran todak.
actually nama tempat tu bukan dataran todak pun tapi sebab ada ikan todak kat tgh2 roundabout kat situ, so itu je la trademark yg senang. location sebenar adalah tepi laut bersebelahan pasar besar, sederet dengan pasar Filipina.

ingat nak try makan gerai lain tapi aku ajak pegi Hj Manja je sebab dah kompem sedap and muslim yang masak.
if tempat lain belum tentu sedap, kan.

kali ni kami order Ketam Masak Telur Masin, Butter Prawn, Ikan Siakap Masak Taucu, Sotong Goreng Tepung, Sayur Kailan Ikan Masin & Pucuk Paku Goreng. For both days, udang aku amik 200g je. Tapi agak ralat sebab diorg takde seaweed yang fresh tu buat kerabu. aku jalan2 pegi kedai lain ada jual la pulak. tapi takpela, janji sedap.

Makan macam nak termuntah and tak habis pun so tapau bawak balik. Aku agak muak, maybe sebab ketam masak telur masin tu kot. Kicap yg buat cicah tu tak sedap sangat mcm yg kat Semenanjung, kicap tuang sendiri, cili dia kita kena potong2 sendiri, limau perah sendiri, takde bawang pun, tapi memang heaven seafood kat sini.

Total = Rm122 sahaja ye.


Lepas makan, hubby drop kami kat pasar malam which is a few meters from gerai makan tadi. actually tempat kat sini memang dekat2 semuanya. nak jalan kaki dari hotel ke mana-mana pun boleh. tapi sebab ada PIL, kesian pulak kalau diorang nak jalan kaki kan.

Lepas turunkan kami kat situ, hubby bawak Danish & Aaira balik mandi, rest kat hotel. takut diorang penat sgt. aku dgn PIL jalan2 shopping kat pasar malam. heaven okeh utk those yg sukakan kerongsang, mutiara semua tu. memang murah sgt2! 4 set kerongsang RM10, mutiara asli lagi ha! kena pandai bargain okeh. t-shirt, gelang, keychain, semuanya murah. of course daku memborong sampai ke helaian duit terakhir. hehe.


lepas beli rantai mutiara tu, terus tepon hubby suruh amik. my PIL macam nak jalan lagi tapi aku dah tak larat dah sbb jalan sehari suntuk.

Hubby tunggu dpn Le Meridien.
budak2 dah siap mandi okeh. dah minum susu. macam tak caya hubby pandai jaga diorang. haha

the next morning, cuaca sangat baik.
pukul 5.45 pg dah terang macam pukul 7 lebih.
siap2, pukul 9.30 kitorang check-out, terus breakfast kat kedai mamak kat Api-api Centre bawah tu. tak ingat nama kedai dia. beli stok makanan kat kedai runcit sebelah and everyone thought Danish is my little brother. glemer mak, kan.

lepas makan terus ke Kundasang.
jalan adalah berliku-liku as expected.
macam jalan ke Cameron Highland.
tapi much better la if nak compare both.
dengan pemandangan yang super cantek!
kanan kiri adalah jurang ye.
and banyak lori besar.

ada a few places tu jual babi hutan salai ye.
terkejut ai.

and sangat banyak church di kiri dan kanan.

area sini memang tak ramai muslim.
and masjid pun memang susah nak jumpa.

sampai kat pekan Nabalu, semua dok shopping souvenir lagi.
t-shirt, craft, keychain, etc.
sebab aritu hubby tak follow kitorang ke pasar mlm, so bila sampai sini dia la yg memborong paling byk.

then jalan terus, nampak signboard Kinabalu Park so hubby ajak singgah sini dulu. aku ingatkan nak pegi besok je on the way balik tapi dah alang2 kan. tiket masuk RM4 seorang utk dewasa. kami naik Saga FLX, berjaya jugak naik atas walaupun bukit dia tinggi gila!


park kereta kat hentian yg ada toilet tu and kami jalan kaki naik atas sebab jalan tgh repair, maybe sebab gempa dulu tu.

air dia sejuk gila! tukar diapers Aaira, and Danish nak gi toilet, dua2 bising sbb kena air sejuk mcm dlm fridge. haha   


Naik ke Timpohon Gate, ada banyak squirrel kecik2 comel.

Angin gunung adalah super sejuk and nyaman... dalam hati teringinnya nak panjat gunung Kinabalu ni one fine day. tapi tatau do I have the gut to do it? do I have the stamina? hum hum


dekat sejam jugak kat sana, sangat best, macam nak duduk lama2 but we have other places to go.


and... to be continued as usual ^_^



sorry but this is my personal blog.
utk sebarang pertanyaan & pembelian produk, (NR/Tanamera/Amway/Shaklee/Ephyra/Anugerah/etc) and all, please go to below address :

FB/Instagram : CHARMS & COLORS
SMS/Whatsapp : 019 6555700

0 comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin
 

+ road to bliss + Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review